JIPS buka 3,173 kertas siasatan kesalahan tatatertib polis

Iklan
Zamri (tengah) berbual dengan Zainuddin (kiri) dan Hasanuddin selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah baharu di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, hari ini.

ALOR SETAR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman membuka sebanyak 3,173 kertas siasatan berkaitan kesalahan tatatertib melibatkan anggota dan pegawai polis tahun lepas hingga kini.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, sebanyak 2,229 kertas siasatan dibuka pada tahun lepas manakala selebihnya pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Katanya, setakat ini, sebanyak 1,673 kes kesalahan tatatertib telah selesai manakala 1,300 lagi masih dalam tindakan.

"Sepanjang tahun lepas sehingga Jun tahun ini kita menerima aduan dan akan membuka kertas siasatan untuk menilai kesahihan perkara itu untuk diambil tindakan," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah baharu di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob.

Zamri berkata, kebanyakan aduan melibatkan kesalahan tatatertib ketika menjalankan tugas.

Iklan

Menurutnya, tindakan awal ialah menghantar surat amaran sebelum tindakan tegas diambil.

Dalam perkembangan lain, Zamri berkata, usul cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) akan dibawa ke Parlimen dalam tempoh terdekat ini.

"Kita dimaklumkan usul baharu akan dibawa pada 8 Ogos dan dibentangkan oleh menteri namun isi kandungannya tidak boleh didedahkan," katanya.