KANGAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mengingatkan umat Islam agar tidak menyalahgunakan masjid di seluruh negeri ini untuk tujuan yang tidak selari dengan fungsi rumah ibadat itu.
Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan berkata, umat Islam sepatutnya memastikan masjid dikekalkan sebagai tempat ibadat dan perpaduan ummah.