Polis bantuan cabul remaja direman tiga hari

Iklan
Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA - Seorang polis bantuan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di kawasan tangga di stesen transit aliran ringan (LRT) di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 36 tahun itu direman bermula hari ini hingga Jumaat.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati suspek telah bertugas sebagai polis bantuan sejak lapan tahun lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Katanya, polis menerima laporan daripada remaja perempuan itu pada 30 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan dakwa dicabul polis bantuan

Iklan

Sinar Harian semalam melaporkan, mangsa mendakwa dicabul suspek semasa berada di stesen LRT itu dan sebelum kejadian suspek mempelawa menemani remaja itu atas faktor keselamatan.

Suspek mengajak mangsa duduk di tangga dan mereka mula berbual sebelum lelaki berkenaan kemudian memaksa mangsa bersalam sebelum mencabul dan beredar meninggalkan mangsa.

Iklan

Bertindak atas laporan, polis menahan suspek semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.