Malaysia ucap takziah kepada seluruh rakyat Lubnan: PM

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan susulan tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seluruh rakyat Malaysia turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu, serta berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia di Beirut dilaporkan selamat dan Malaysia bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Lubnan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

Petang semalam, dua letupan kuat menggegarkan Beirut sehingga mengakibatkan kira-kira 78 orang dilaporkan terbunuh, manakala lebih 2,000 cedera.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan) itu, letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata, malapetaka besar itu dipercayai berpunca daripada simpanan 2,750 tan ammonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian yang disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di Beirut dan meletup secara tiba-tiba.

Iklan

Hassan berkata, bahan itu dihantar dengan menggunakan sebuah kapal dan disimpan di sebuah gudang sejak tahun 2013.

Siasatan awal pihak berkuasa menunjukkan ia kemungkinan satu kemalangan yang tragik dan sumber perisikan memberitahu Fox News semalam bahawa mereka tidak menafikan ada perbuatan khianat.

Susulan itu, Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: 73 terkorban, 3,700 cedera dalam letupan di Beirut