1MDB: Innalillahi wa inna ilaihi rajioun

Iklan
Perkongsian Zaharuddin di Facebooknya.

SHAH ALAM - Innalillahi wa inna ilaihi rajioun...itu kenyataan ringkas Presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman di akaun Facebook peribadinya hari ini dipercayai sebagai maklum balasnya berkaitan isu terkini 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam perkongsian itu, Zaharuddin turut menyertakan pautan terkini berita kontravesi berkaitan 1MDB bertajuk Jabatan Audit Negara diarah gugur fakta Jho Low hadir mesyuarat 1MDB.

Iklan
Iklan

Ungkapan Innalillahi wa inna ilaihi rajioun ini secara umumnya adalah salah satu bentuk doa yang penggunaannya lebih merujuk kepada musibah yang berlaku kepada orang Islam. Kalimah bahasa Arab itu bermaksud sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepadaNya lah kami kembali.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nama Jho Low diarah gugur dari laporan akhir 1MDB]

Iklan

Dalam perkongsian itu, Zaharuddin juga memaklumkan, pautan yang diberikan itu adalah berita kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.

"Berita di atas adalah dari kenyataan Tan Sri Madinah Mohamad, Ketua Audit Negara sekarang ini, maka teringin nak dengar komentar Tan Sri Ambrin (bekas Ketua Audit Negara ,Tan Sri Ambrin Buang),” katanya.

Iklan

Terdahulu, dalam laporan berita itu memaklumkan Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) mengesahkan bahawa Jho Low menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Fakta ini bagaimanapun diminta disembunyikan atas arahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, melalui ketua setiausaha sulit beliau ketika itu, menurut kenyataan dikeluarkan JANM hari ini.

Penyembunyian fakta ini dikatakan dibuat melalui pengguguran beberapa perenggan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Menurut JANM, terdapat dua pengguguran penting yang telah dilakukan; pertama berkaitan status akaun kewangan 1MDB, dan kedua mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.