Bomba sanitasi kawasan PKPD

Iklan
Proses sanitasi dilakukan anggota bomba di sekitar Pekan Napoh semalam. FOTO: JBPM

ALOR SETAR- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan proses sanitasi ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran termasuk sekolah, premis syarikat dan lokasi awam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sanitasi awam Covid-19 itu bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Megat Dewa pada jam 10.45 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, proses sanitasi dimulakan dari bilik darjah, pejabat pentadbiran, kantin, tandas dan kawasan tumpuan pelajar membabitkan kawasan seluas 6.49 hektar.

SMK Megat Dewa yang ditutup, disanitasi anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra semalam. FOTO: JBPM

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dengan kekuatan lapan anggota menggunakan tiga jentera itu kemudian meneruskan operasi sanitasi ke kawasan MNBA Global Resources, Jitra pada jam 2.31 petang," katanya.

Iklan

Menurut beliau, sanitasi awam turut dilakukan ke Pekan Napoh membabitkan RTC Napoh selain kedai motosikal, kedai runcit, kedai telefon, kedai makan, kedai santan dan motel.

Kedai makan yang menjadi tumpuan awam disanitasi semalam. FOTO: JBPM

Katanya, operasi turut dibantu anggota dari BBP Napoh.

Iklan