Cabaran kementerian dalam merubah realiti

Iklan
x-default

TARIKH 6 Ogos setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Hari ini adalah hari pengiktirafan dan penghormatan kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Pada tahun 1975, perayaan sambutan itu dirasmikan Tun Haji Abdul Razak di pekarangan Parlimen. 6 Ogos pada tahun ini adalah tahun yang ke-45 penganjurannya.

Iklan
Iklan

Pengiktirafan ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap usaha para peladang, penternak dan nelayan memainkan peranan melonjakkan pelbagai aktiviti demi mengeluarkan bahan makanan dan memajukan sektor pertanian negara kita.

Cabaran bagi kita sekarang ialah memastikan berlakunya satu perubahan dalam sektor pertanian dan industri makanan dengan memanfaatkan teknologi pertanian dan inovasi moden demi memastikan peladang, penternak dan nelayan meningkatkan pendapatan selain membantu menstabilkan harga barangan seterusnya mengurangkan keperluan import negara.

Iklan
x-default

Bekalan makanan yang terjamin adalah penting untuk kelangsungan hidup rakyat. Kita telah melihat bagaimana negara kita berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19. Sesungguhnya kita amat bersyukur dan bertuah kerana ketika negara lain berhadapan dengan krisis kekurangan makanan dan terputus bekalan makanan, tetapi di Malaysia stok dan bekalan makanan kita sentiasa stabil dan terjamin.

‘Jerih payah mereka dihargai’

Iklan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sentiasa ke hadapan dalam memastikan sektor pertanian menjadi sektor yang lebih dinamik, inovatif, kompetitif serta menyumbang secara positif kepada ekonomi negara.

Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan industri pertanian yang lestari sebagai pemangkin kemajuan ekonomi serta memberi kesejahteraan rakyat Malaysia.

x-default

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk melihat aktiviti pertanian dan industri makanan diusahakan rakyat secara bersepadu, dikomersialkan dan menjadi sumber pendapatan utama sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara.

"Dalam sektor pertanian ini, LPP sangat menitikberatkan penggunaan teknologi di kalangan masyarakat peladang. Penggunaan teknologi menjadikan pertanian lebih mudah, meningkatkan kecekapan dan seterusnya dapat meningkatkan hasil.

"Penggunaan teknologi menjadikan bidang pertanian bukan lagi pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D ("Dirty, Danger & Difficult”). LPP sentiasa menyokong penggunaan teknologi melalui galakan dan pendedahan teknologi baru.

"LPP tidak bertindak secara silo sebaliknya bekerjasama dengan jabatan dan agensi lain dengan bermatlamat para peladang mendapat input dan perkhidmatan yang terbaik,” jelasnya.

"Saya percaya, tarikh 6 Ogos ini dihayati setiap tahun untuk memberi semangat kepada golongan peladang, penternak dan nelayan kerana ini merupakan tanda penghargaan kepada mereka yang telah berkecimpung dalam bidang pertanian,” katanya.

Hikmah di sebalik Covid-19

Penularan wabak virus Covid-19 memberi kesan kepada ekonomi negara. Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) oleh Perdana Menteri untuk industri pertanian dan makanan mampu memberi nafas baharu kepada pemain industri pertanian.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Azulita Salim berkata, LPP telah menerima jumlah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) keseluruhan sebanyak RM51.567 juta demi membantu masyarakat peladang,

Sepanjang tempoh PKP LPP telah melaksanakan konsep jualan dan pengedaran di 250 outlet peruncitan terpilih secara berperingkat di seluruh negara.

Katanya, bagi memastikan kelangsungan dan mempercekap pengedaran bekalan makanan MAFI telah mewujudkan Pasar Segar Terkawal (PST) yang dilaksanakan oleh LPP dan FAMA. Sebanyak 42 PST Peladang dilaksanakan oleh LPP.

Sehingga kini PST Peladang ini mendapat perhatian dan tumpuan dalam kalangan penduduk setempat kerana memasarkan barangan basah dan segar seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk industri asas tani dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), contohnya pemasaran melalui COD, Drive Thru, Pre-Order, Walk-In.

x-default

"Saya percaya kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi membantu memasarkan hasil pengeluaran para peladang, penternak dan nelayan.

"Jabatan dan agensi di bawah kementerian ini kini berusaha memastikan supaya tiada lambakan berlaku dan rakyat serta golongan peladang, penternak dan nelayan mendapat manfaat sebaiknya sepanjang tempoh PKP,” katanya.