SEPANG - Tempoh reman ke atas suspek yang didakwa membunuh isterinya di Taman Mas Putra Perdana, dekat sini pada Rabu lalu dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
"Suspek berusia 41 tahun yang juga sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dilanjutkan reman tujuh hari sehingga Rabu depan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini, suspek telah ditahan reman mulai 31 Julai lalu sehingga hari ini.
Jerut leher isteri: Suspek negatif dadah
Kes jerut isteri, polis rekod keterangan anak
Kes jerut isteri: Lebih dua jam selam dalam tasik cari barang bukti
Siasatan kes bunuh pensyarah selesai, motif dikenal pasti: Polis