Kluster Sivagangga berkemungkinan besar 'Super-Spreader'

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan penularan wabak COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - fotoBERNAMA

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji sama ada kluster Sivagangga di Kedah merupakan kluster ‘super-spreader’ iaitu berupaya menjangkiti ramai orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini memandangkan kluster Sivangangga merebak dengan cepat berbanding kluster di Sarawak dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"KKM kena laksana ujian dengan teliti dan akan kulturkan virus tersebut di makmal serta melihat kepada susunan genomik,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di KKM di sini hari ini.

Jelasnya pada masa ini KKM berjaya mengawal peningkatan mendadak kes Covid-19 daripada kluster Sivagangga.

Iklan

Mengulas mengenai jangkitan yang berlaku di Australia, Dr Noor Hisham berkata, Covid-19 merebak di Victoria kerana seorang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) di pusat kuarantin dan menjangkiti seluruh komuniti dan satu negeri.

"Petang tadi saya mengadakan telesidang dengan rakan sejawat saya di Melbourne. Saya dimaklumkan kes jangkitan tertumpu kepada seorang individu yang balik dan membawa jangkitan kepada semua orang,” katanya.

Iklan

Beliau berkata keadaan itu adalah sepertimana berlaku dalam kluster Sivagangga.

"Seorang individu yang balik dan membawa jangkitan tetapi tidak mematuhi SOP akan menyebabkan orang lain dijangkiti,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatan KKM dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti, Dr Noor Hisham berkata, SOP yang dilaksanakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dan akan digunakan di PRK DUN Slim, bakal dijadikan penanda aras.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi bagi menambah baik SOP yang akan disyorkan pada PRN Sabah, kelak.- Bernama