Mayat terdampar tanpa pakaian di pantai

Iklan
Mayat yang ditemui terdampar di Pantai Melawi petang tadi.

BACHOK - Pengunjung Pantai Melawi gempar apabila menemui mayat terdampar di pantai tanpa pakaian petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis daerah menerima panggilan daripada orang ramai mengenai penemuan mayat itu jam 4.55 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, mayat lelaki itu dipercayai hanyut dan terdampar di pantai.

"Tubuh sudah membengkak dengan hampir keseluruhan kulit menggelupas, tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan polis menunggu laporan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke HRPZ II untuk dibedah siasat.

Iklan