Perbicaraan penggodam Twitter diganggu muzik, imej pornografi

Iklan
Remaja berusia 17 tahun itu pada Jumaat lalu didakwa terlibat dalam beberapa kes menggodam sejumlah akaun laman sosial tokoh ternama AS.

MIAMI - Perbicaraan seorang remaja lelaki di mahkamah menggunakan aplikasi perkongsian video, Zoom terganggu dengan muzik rap dan imej daripada filem pornografi, semalam, lapor sebuah akhbar.

Sesi perbicaraan itu bertujuan untuk membolehkan pihak penguam bela membuat rayuan mengurangkan jaminan yang ditetapkan ke atas remaja yang dituduh menggodam Twitter.

Iklan
Iklan

Remaja berusia 17 tahun itu pada Jumaat lalu didakwa terlibat dalam beberapa kes menggodam sejumlah akaun laman sosial tokoh ternama AS.

Bagaimanapun, akibat gangguan itu kerap kali berlaku, Hakim Judge Christopher Nash bertindak menangguhkan pendengaran tersebut buat sementara waktu, lapor akhbar Tampa Bay.

Iklan

Para penyiasat menganggap remaja itu sebagai dalang di belakang serangan siber pada pertengahan bulan lalu sehingga menggegarkan Twitter.

Penggodaman itu melibatkan penghantaran mesej kepada 130 pemilik akaun yang mendapat pulangan dua kali ganda jika menghantar wang dalam bentuk mata wang Bitcoin.

Iklan

Jaminan ke atas remaja itu kemudian ditetapkan sebanyak AS$725,000 (RM3 juta) yang mana dalam pendengaran tersebut, para peguam belanya meminta ia dikurangkan.

Selepas ia ditangguhkan dan disambung, penggodam-penggodam melakukan penggodaman semula dengan menyamar menggunakan nama pertubuhan seperti CNN dan BBC.

Justeru, hakim kemudian enggan mengurangkan kadar jaminan itu. Pihak mahkamah masih menyiasat mengenai gangguan muzik dan imej pornografi di aplikasi itu. - AFP