Realiti berniaga di tepi jalan dengan berniaga di premis sewa

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MINGGU lepas ketika pulang ke kampung halaman yang terletak nun jauh di selatan tanah air, Merak Jalanan sempat singgah di sebuah gerai tepi jalan bagi mendapatkan juadah minum petang untuk dinikmati bersama keluarga.

Kedai yang didirikan dengan khemah, meja kayu dan dijaga oleh seorang remaja wanita dan lelaki itu menjual pelbagai jenis juadah seperti pisang goreng, epok-epok, keropok lekor dan pelbagai jenis pau.

Iklan
Iklan

Namun, dalam banyak-banyak juadah itu Merak Jalanan tertarik untuk mendapatkan pau.

Sampai di kereta, isteri Merak Jalanan bertanya tentang juadah yang dibeli. Sambil memutar stereng memandu kereta keluar dari petak parkir, Merak Jalanan memberitahu jenis, kuantiti dan harganya.

Iklan

Isteri Merak Jalanan kemudiannya terus membelek pau yang dibeli. Tiba-tiba isteri Merak Jalanan berkata tidak berbaloi.

Bila ditanya kenapa, dia berkata, pelik kerana pau yang dibeli di tepi jalan itu tadi harganya sama dengan sebiji pau yang dijual di restoran.

Iklan

Tersentak Merak Jalanan mendengar kata-kata isteri itu. Ya, memang ada betulnya.

Sebiji pau yang Merak Jalanan lihat tidak berjenama dan dikukus menggunakan pengukus kayu itu dijual pada harga yang sama dengan pau berjenama yang diletakkan di restoran.

Sambil memandu Merak Jalan ligat berfikir. Betapa untungnya peniaga tadi. Dengan hanya memacak khemah dan meletakkan meja kayu di tepi jalan, dia mampu meraih untung berlipat kali ganda dengan menjual pau.

Sedangkan peniaga yang menjual pau di restoran berhawa dingin pula terpaksa berdepan dengan realiti membayar sewa kedai, gaji pekerja dan lesen. Tapi, mereka tidak pernah menaikkan harga pau yang dijual.

Kalau ikut logik, tentu peniaga di tepi jalan boleh menawarkan harga jualan yang murah kerana mereka tidak terikat dengan sewa tapak.

Tapi perkara itu tidak berlaku kerana pembeli hanya membayar tanpa mempertikaikannya.