KUALA LUMPUR - Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi tuduhan rasuah berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Guan Eng tiba dengan menaiki kereta Proton X70 warna hitam pada jam 9.06 pagi.
Turut kelihatan beberapa pemimpin DAP termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yew, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar.
Guan Eng memakai baju kot dan bertali leher warna merah serta memakai pelitup muka. Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah turut mengiringi beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: Lim Guan Eng hadir ke SPRM sekali lagi
Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esokPada 26 Julai lalu, Guan Eng hadir kali ke tiga bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong tersebut.