Taktik kotor mahu jatuhkan DAP, kata anak Guan Eng

Iklan
Marcus (kanan) turut memuat naik gambar bersama ibunya, Betty Chew dan bapanya, Guan Eng di Facebooknya. (Tangkap layar Facebook Marcus Lim.)

SHAH ALAM - Anak kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap pertuduhan terhadap bapanya disifatkan sebagai satu usaha untuk menjatuhkan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Marcus Lim berkata, oleh kerana itu pihaknya akan melawan politik kotor yang digunakan terhadap pembangkang.

Iklan
Iklan

"Ayah saya telah ditahan pada malam tadi. Secara jujurnya, sejak keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan, peristiwa seperti ini telah pun dijangka berlaku.

"Rancangan mereka mudah, fitnah dan tangkap pemimpin yang enggan tunduk kepada taktik kotor. Motif mereka jelas, fitnah dan cemarkan DAP sebagai sebuah parti yang korup, untuk hancurkan PH sikit demi sikit. Jelas ini adalah dakwaan politik, dan tindakan ini amat menjijikkan.

Iklan

"Lawan tetap lawan. Berani kerana benar," kata Marcus menerusi satu hantaran Facebooknya, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN Kes terowong: SPRM sahkan Lim Guan Eng didakwa esok

Iklan

Guan Eng yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dijangka didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, bekas menteri kewangan itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos ini.

Sementara itu, peguam dan aktivis, Syahredzan Johan berkata, Ahli Parlimen Bagan itu pernah ditahan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pernah menjalani hukuman penjara di bawah Akta Hasutan.

Sehubungan itu, Syahredzan yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tiada hal bagi Guan Eng sekiranya beliau tidur dalam lokap SPRM.

"Sdr @guanenglim pernah kena tahan ISA, pernah kena penjara bawah Akta Hasutan (pi Google kenapa). Rasanya tidur lokap SPRM tu takde hal untuk orang macam dia,” kata Syahredzan di Twitternya malam tadi.

Guan Eng pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987-1989. Pada 1997 Guan Eng yang ketika itu Ahli Parlimen Kota Melaka dipenjara selama 18 bulan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin DAP bersolidariti, sedia lawan untuk Guan Eng