KOTA KINABALU - Suasana kawasan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pagi ini yang akan menyaksikan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini, yang dibawa oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), nampak tenang.
Anggota polis dilihat mengawal ketat kompleks mahkamah dalam memastikan aspek keselamatan serta langkah pencegahan penularan koronavirus (Covid-19) antaranya pemeriksaan suhu badan, pendaftaran pelawat dan penjarakan fizikal dilakukan.