MBN bantu mangsa gempa

Iklan

KUANTAN - Kebajikan dan Khidmat kaunseling terhadap mangsa trauma gempa bumi dan tsunami yang melanda di Palu serta Dongala, Indonesia akan terus diberikan.

Ketua Misi Kemanusiaan Palu dan Dongala Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang , Nor Azwani Mohd Hanafiah, 31, berkata, fokus misi pada kali ini adalah membantu memberi khidmat kaunseling kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, golongan ini perlu diberikan perhatian dalam usaha membantu mereka dari trauma akibat kejadian melanda mereka.

"Dijangka kita akan sampai di Palu, Indonesia esok (hari ini), jadi aktiviti kita adalah akan memberi khidmat kaunseling kepada golongan yang kita telah sasaran.

Iklan

"Kita akui mereka (mangsa) masih terkesan dengan musibah yang menimpa mereka,” katanya ketika ditemui Terminal Sentral Kuantan (TSK).

Turut hadir Pengerusi Majlis Belia Negeri (MBN) Wan Emril Nizam Wan Embong.

Iklan

Menyentuh misi kali kedua yang diadakan itu, Nor Azwani memberitahu, seramai 10 sukarelawan daripada Kuantan terlibat dalam misi tersebut.

Jelasnya, kesemua ini adalah belia-belia dari negeri Pahang yang terlibat secara langsung dalam misi ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut membawa pelbagai sumbangan seperti pakaian, barang makanan dan sebagainya bagi membantu penduduk di sana.

"Kebanyakan barangan yang kita bawa ini adalah sumbangan daripada orang ramai,” katanya.