'Anak Guan Eng jangan salahkan pihak lain'

Iklan
Tangkap layar Facebook Ahmad Shabery.

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO menasihati anak kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya tidak terlalu cepat membuat kesimpulan dengan menyalahkan pihak tertentu berhubung pertuduhan dikenakan terhadap bapanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, di dalam politik tidak ada hitam atau putih.

Iklan
Iklan

"Kalau musuh hitam tidak bermakna kita putih melepak. Babak-babak seterusnya menjadikan pentas politik kita lebih menarik. Jangan cepat buat kesimpulan," kata Ahmad Shabery di Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Shabery berkongsi pautan sebuah portal mengenai kenyataan Marcus Lim di Facebooknya itu.

Iklan

Terdahulu, anak Guan Eng, Marcus Lim menganggap pertuduhan terhadap bapanya disifatkan sebagai satu usaha kerajaan Perikatan Nasional untuk menjatuhkan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Marcus berkata, oleh kerana itu pihaknya akan melawan politik kotor yang digunakan terhadap pembangkang malah mendakwa peristiwa seperti itu telah dijangka berlaku.

Iklan

Pagi tadi Guan Eng didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dijangka dituduh di Mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain.

ARTIKEL BERKAITAN Taktik kotor mahu jatuhkan DAP, kata anak Guan Eng

Guan Eng mengaku tidak bersalah