DENVER - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang melarikan diri hampir 50 tahun lalu dan hidup dengan menggunakan nama Ramon Montoya akhirnya dapat ditangkap oleh pihak berkuasa, kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) semalam.
Dia didapati tinggal di bandar Espanola di New Mexico selama kira-kira 40 tahun. Warga AS yang diburu itu, Luis Archuleta kini berusia 77 tahun dan dia melarikan diri dari sebuah penjara di Colorado pada tahun 1974.
Dia dipenjarakan kerana menembak dan mencederakan seorang anggota polis di Denver.
Ketika melarikan diri, Archuleta menjalani hukuman penjara selepas dia didapati bersalah menyerang seorang anggota polis dengan senjata yang boleh membawa maut.
"Tangkapan ini sepatutnya memberi signal yang jelas kepada pesalah-pesalah yang ganas di mana-mana sahaja.
"FBI akan memburu anda tanpa mengira berapa lama masa yang akan diambil atau bagaimana kamu melarikan diri. Kami tetap akan membawa anda ke muka pengadilan," kata Ejen Khas FBI di Denver, Charge Michael Schneider dalam satu kenyataan.
Archuleta akan dibawa di Colorado bagi menghadapi pendakwaan kerana melarikan diri dari penjara.
"Jenayah yang dilakukannya tidak akan padam walaupun masa sudah berlalu," kata Ketua Polis Denver, Paul Pazen. - Agensi