SUNGAI SIPUT - Umno meminta semua ahlinya yang turun berhimpun pada 8 Disember nanti mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mengulangi pendirian untuk terus bersama-sama Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun pada tarikh tersebut sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kerana tidak meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Beliau berkata, komitmen tersebut akan diterjemahkan melalui kehadiran wakil bagi setiap 191 bahagian Umno di seluruh negara dan meminta agar perhimpunan tersebut berlangsung secara aman.
"Untuk 28 Disember, saya ingin sekali lagi mengesahkan bahawa Umno akan turut memberikan dokongan kepada Ummah yang menjadi penganjur kepada perhimpunan berkenaan kerana Pas telah mengatakan himpunan itu sebagai tanda kesyukuran, NGO-NGO mengatakan sebagai tanda sokongan dan Umno hadir sebagai tanda terima kasih.
"Saya telah meminta (ahli Umno) jangan ada sebarang kekacauan, provokasi ataupun sebarang rusuhan (ketika perhimpunan tersebut).
"Ini harus dipenuhi sebagai salah satu syarat di dalam Akta Perhimpunan Aman dan Insya-ALLAH jika permit diberikan kepada penganjur maka saya harap semua peserta akan mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas Presiden Umno Bersama Kepimpinan Umno Negeri Perak di Dewan Konvensyen Sungai Siput, di sini.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meminta pihak yang ingin mengadakan himpunan bantah ratifikasi ICERD menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat.
Malah katanya, mereka juga mesti mematuhi segala peruntukan undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan bantah ICERD, ini kata Ketua Polis ]
Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat lalu mengeluarkan kenyataan untuk tidak meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD ]
Bagaimanapun Pas tetap berhasrat untuk meneruskan himpunan pada 8 Disember yang pada asalnya bertujuan membantah ratifikasi ICERD.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan ]