KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan empat stadium akan menjadi tuan rumah perlawanan Liga Juara Juara Asia (ACL) dari peringkat kumpulan hingga ke separuh akhir berlangsung dari 14 September hingga 3 Oktober depan.
Perlawanan akan diadakan di empat stadium iaitu Stadium Al Janoub, Stadium Khalifa, Stadium Education City dan Stadium Jassim bin Hamad yang mempunyai teknologi penyejukan yang unik, lapor agensi berita Qatar.
Iklan
Iklan
Kelab Kumpulan A terdiri Al Wehda dari Emeriah Arab Bersatu (UAE), Polis Iraq, Esteghlal Iran dan Al Ahly dari Arab Saudi bakal berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa manakala Kumpulan B pula ialah Al Hilal dari Arab Saudi, Shabab Al Ahli dari UAE, Mujahidin Uzbekistan dan Shahr Khodro dari Iran, akan diadakan di Stadium Al Janoub.
Kumpulan C pula, Al Duhail dari Qatar, Al Taawoun (Arab Saudi), Persepolis Iran dan Sharjah (UAE) di Stadium Education City manakala Stadium Jassim bin Hamad bakal menjadi tuan rumah perlawanan Kumpulan D iaitu Al Sadd dari Qatar, Al Ain (UAE), Sepahan (Iran) dan Al Nasr (Arab Saudi). - Bernama
Artikel Berkaitan