Tun M tak yakin dengan calon PH di Cameron Highlands?

Iklan
Muhyiddin Yassin

LIPIS – Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonnya, M. Manogaran, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Sabtu ini.

Beliau berkata Dr Mahathir akan tetap turun berkempen esok dan menganggap pilihan raya kecil itu penting bagi PH.

Iklan
Iklan

"Biasanya Perdana Menteri tak pergi kempen kecil seperti ini tapi kerana dia fikir ini adalah PRK yang penting dan kita bertanding di sini, tentu masyarakat serta pengundi di sini mahu dengar mesej Tun sebagai Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Sungai Koyan di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir tidak yakin dengan kemenangan Manogaran dari DAP disebabkan jadual pemimpin nombor satu itu yang tidak banyak meluangkan masa dalam kempen PRK itu.

Iklan

Mengikut jadua, Dr Mahathir hanya akan berada di sini dari jam 11pagi hingga 2 petang esok iaitu Perjumpaan Bersama Warga Sungai Koyan di Dataran Sungai Koyan 1 dan kemudiannya mengakhiri dengan solat Jumaat di Masjid Al-Muhajirin.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh bahawa ada Tok Batin di kampung Orang Asli sudah ‘diculik’ pihak tertentu sehingga menyukarkan PH turun berkempen di kawasan penempatan mereka, Muhyiddin berkata siasatan tidak dapat dilakukan berhubung dakwaan itu memandangkan tiada sebarang laporan polis dilakukan mengenainya.

Iklan

"Dalam masa kempen ni macam-macam perkara boleh terjadi. Tapi kalau tak ada bukti dan tak ada asas atau pun tiada laporan dibuat kepada pihak berkuasa, polis ke siapa, siasatan tak boleh dilakukan, jadi kita tak tahu apa keadaan sebenar," katanya, yang juga Menteri Dalam Negeri. - Bernama