KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) hari ini meminta orang ramai khususnya yang mempunyai darah kumpulan A dan B, agar tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah kumpulan itu di PDN.
PDN dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan perkembangan situasi Covid-19 dalam negara ketika ini, bekalan darah semakin diperlukan dan derma darah secara berkala amat penting bagi menampung keperluan darah setiap hari.
Iklan
Iklan
"Jalankan tanggungjawab sosial anda bagi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan. Mereka yang berminat boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan PDN melalui pautan http://pdn.gov.my/index.php?option=com_jevents&v atau ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya,” menurut kenyataan itu.
PDN di Jalan Tun Razak beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam manakala Sabtu dan Ahad pada jam 8 pagi hingga 6 petang.
Waktu operasi di Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall pula adalah dari hari Isnin hingga Ahad (10 pagi hingga 9 malam) dan Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri (Isnin hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang). - Bernama