Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian meninggal dunia

Iklan
Abd Jalil Ali

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia sebentar tadi.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

"Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.

Iklan

Haikal Jalil dalam Facebooknya turut mengesahkan bahawa bapa beliau meninggal dunia 6.32 pagi ini.

Abd Jalil, 66, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Iklan

Abd Jalil juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.