SOP tidak jejaskan semangat pemain

Iklan
Foto: FA Selangor

PROSEDUR operasi standard (SOP) ditetapkan kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) tidak mematahkan semangat pemain meneruskan baki saingan liga musim.

Biarpun menyedari SOP itu akan menimbulkan banyak kejanggalan, namun bagi Kapten Pulau Pinang, Azmi Muslim ia sesuatu yang perlu dipatuhi demi kebaikan semua pihak mendepani pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Untuk mengamalkan norma baharu seperti ini, sudah pasti akan makan masa sikit dan rasa janggal pada mulanya bagi kita ikuti semua perkara yang diarahkan.

"Saya ada tengok juga beberapa liga lain seluruh dunia seperti EPL (Liga Perdana Inggeris), dan Serie A mengenai cara mereka amalkan SOP sebelum perlawanan.

Iklan

"Banyak juga kejanggalan di situ tambah-tambah tiada penyokong malah ada yang stadium sunyi sepi tetapi pematuhan SOP perlu kita ikuti demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, pemain tengah Selangor, Brendan Gan, melihat aksi persahabatan yang dibenarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjadi platform paling sesuai kepada pasukan mempelajari serta memahami SOP sebelum liga bersambung semula 26 Ogos ini.

Iklan

"Objektif perlawanan persahabatan ini sememangnya cukup penting kepada semua pemain bagi mempelajari SOP sebelum, semasa dan selepas bermulanya sesuatu perlawanan.

"Kehadiran pegawai penyelaras memudahkan lagi pemahaman kami yang menerangkan apa perkara yang boleh dan tidak boleh kami lakukan bagi mengikut segala SOP ditetapkan.

"Bukan sahaja pemain namun sesiapa sahaja yang hadir ke stadium perlu mengikuti SOP yang diminta walaupun perlawanan akan dilangsungkan secara tertutup,” katanya.

Melalui beberapa lagi perlawanan persahabatan yang akan diaturkan selepas ini, Brendan yakin pada aksi sepak bermula pada 26 Ogos, semua pegawai dan pemain tidak lagi perlu berasa kekok terhadap semua peraturan yang telah ditetapkan.