Penganggur menyamar polis peras ugut warga asing

Iklan
Shamsul Amar

KLANG - Kegiatan seorang lelaki yang melakukan pemerasan dengan menyamar sebagai anggota polis terbongkar selepas diberkas di Jalan Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek yang menaiki sebuah motosikal telah pergi ke sebuah rumah yang didiami mangsa lelaki warga Indonesia berusia 52 tahun kira-kira jam 9 malam di kawasan tersebut dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

Iklan
Iklan

"Suspek telah mengetuk pintu rumah dan menyuruh mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan membuka pintu tanpa memberitahu sebarang tujuan.

"Mangsa yang curiga serta takut kemudian terus menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang bergerak secara sendirian telah datang ke rumah mangsa sebanyak tiga kali.

Iklan

"Ketika kejadian pertama, suspek bertindak memeras ugut wang sebanyak RM1,500 kerana mendakwa terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) di rumah berkenaan.

Tegasnya, suspek berusia 38 tahun itu direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.