Pekerja kilang maut tangan tersepit mesin

Iklan

BAYAN LEPAS - Seorang pekerja kilang maut selepas tangan kanannya tersepit pada mesin pengacuan (moulding) di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung, di sini awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, Zaid Berahim, 33 disahkan meninggal dunia ketika kerja menyelamat sedang dilakukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi dan terus ke lokasi untuk menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati seorang lelaki telah tersepit pada mesin 'moulding' ketika bekerja di kilang tersebut.

Iklan

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6.09 pagi," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Operasi menyelamat tamat pada jam 6.32 pagi.