PM lancar Kempen Pembudayaan Normal Baharu untuk cegah Covid-19

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) ketika tiba pada pelancaran kempen Pembudayaan Normal Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, Muar hari ini. -Foto Bernama

MUAR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Kempen Pembudayaan Normal Baharu yang bertujuan meningkatkan kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat.

Muhyiddin berkata, kempen tersebut untuk memperkasa usaha melawan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Iklan
Iklan

"Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian Covid-19, saya menyeru anda semua untuk terus mempraktikkan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan seperti yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Normal baharu yang perlu diberikan perhatian ialah mengelakkan 3S atau 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak atau Crowded place, elakkan kawasan yang sempit atau Confined space dan elak sembang dengan jarak yang dekat atau Close conversation.

Iklan

"Selain itu, jangan lupa untuk sentiasa amalkan 3W iaitu Wash atau kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, Wear iaitu Wajib memakai pelitup muka atau face mask di tempat awam atau jika kita bergejala dan Warn iaitu sentiasa mengikuti peringatan dan nasihat daripada pihak berkuasa khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia tentang wabak Covid-19 ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut di Kompleks Sukan Pagoh, Pekan Pagoh di sini pagi tadi.

Iklan

Turut hadir Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Muhyiddin berkata, rakyat perlu terus bekerjasama dengan kerajaan khususnya para petugas kesihatan dan penguat kuasa undang-undang untuk memastikan normal baharu diamalkan bagi memutuskan rantaian wabak itu.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, usaha membudayakan normal baharu dalam kalangan rakyat adalah tugas dan peranan semua pihak serta bukan tanggungjawab kerajaan sahaja.

Katanya, Kementerian Kesihatan memberi penekanan terhadap pelaksanaan Cegah, Amal, Patuh dan Pantau (CAPP) kepada masyarakat dalam usaha memperkasakan Program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP) Covid-19.

Kempen CAPP itu katanya, adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti.

Selain itu katanya, aplikasi MySejahtera yang ringkas dan padat menjadi platform untuk memudahkan orang ramai menangani wabak Covid-19.

"Setakat ini, seramai 6.5 juta pengguna telah memuat turun aplikasi setakat ini. MySejahtera terbukti berkesan untuk menjejak kontak rapat pesakit Covid-19.

"Justeru saya menyeru agar rakyat Malaysia untuk memuat turun dan memanfaatkan aplikasi ini dengan sebaik yang mungkin," katanya.