'Kami tewaskan Real Madrid dua kali'

Iklan
City layak ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara dan akan bertemu Lyon pada 15 Ogos ini.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu para pemainnya berpuas hati dengan kemenangan 4-2 secara agregat yang dilakar ke atas Real Madrid sekali gus memastikan slot dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Menurutnya, kemenangan ke atas juara 13 kali itu hanya langkah pertama dalam usaha kelab gergasi Inggeris itu mendakap trofi Liga Juara-Juara musim ini.

Iklan
Iklan

"Ini sangat penting dan kami sudah tewaskan mereka dua kali. Zinedine Zidane (pengendali Real) tidak pernah kalah di peringkat kalah mati. Anda lihat ketenangan dan karakter Real dalam perlawanan itu. Mereka sangat bagus.

"Kami di sini untuk cuba menjuarai Liga Juara-Juara. Ini baru satu langkah. Jika kami berfikir kemenangan ini sudah cukup, maka perjalanan kami akan tamat. Kami perlu menewaskan kelab besar," katanya.

Iklan

City memenangi dua perlawanan menentang Real di dalam aksi 16 pasukan terbaik selepas menewaskan Los Blancos 2-1 di Santiago Bernabeu pada aksi pertama.

The Citizen kemudiannya sekali lagi melakar kemenangan dalam aksi timbal balik dengan jumlah jaringan yang sama di Etihad awal pagi tadi.

Iklan

City dijadualkan akan berdepan Lyon di peringkat suku akhir pada 15 Ogos ini selepas kelab Perancis itu mara dengan menyingkirkan gergasi Itali, Juventus.

"Kami perlu berwaspada dengan Lyon dan dalam tempoh tiga hari persiapan ini akan kami gunakan sebaik mungkin. Sudah tentu kami perlu mengkaji corak permainan pasukan itu.

"Apa yang saya harapkan ialah pemain boleh terus konsisten seperti perlawanan hari ini. Mereka penuh bertenaga dan tenang mengawal permainan," katanya.