'Nama saya Y'

Iklan
Y menunjukkan kad pengenalannya. - Foto Kompas

YOGYAKARTA - Kisah seorang gadis yang memiliki nama unik iaitu Y tular di laman sosial.

Menurut Kompas, bapanya, Slamet Sugiono, 57, memberikan nama Y selepas dilahirkan pada tahun 1997.

Iklan
Iklan

"Ada alasan di sebalik nama khas ini. Saya memilih Y kerana Y adalah huruf terakhir dalam bahasa Jawi. 'Ya' itu bermaksud kesempurnaan.

"Jika tidak ada 'Ya' dalam tulisan Jawi, maka itu tidak akan sempurna.

Iklan

"Pernah, kami nak letak Dasih Utami pada nama anak tetapi tidak jadi kerana telah jumpa nama Y lebih baik," katanya.

Malah jelasnya, Y turut mempunyai nama panjang Ai Nur Siti Dyah Ayu Meganingrum Dwi Pangasturi Lestari Endang Pamikasih Sri Kumalasari Dewi Puspita Anggraini.

Iklan

Bagaimanapun hanya Y sahaja nama rasmi dan diguna pakai pada kad pengenalan diri.

Dalam pada itu katanya, Y tidak pernah diganggu atau diejek rakan sekolah walaupun mengalami kesukaran dengan sistem pentadbiran ketika mengikuti peperiksaan di sekolahnya.