SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin mengumumkan telah keluar Bersatu berkuat kuasa Khamis lalu.
"Saya keluar Bersatu berkuat kuasa 6 Ogos 2020 melalui surat kepada Setiausaha Kerja (Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya) pada tarikh yang sama,” katanya pada satu kenyataan ringkas.
Iklan
Iklan
Beliau mengumumkan perkara itu selepas bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti berasas kepada perjuangan untuk orang Melayu dan peribumi sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
Bekas penasihat media kepada Dr Mahathir itu dilihat sebagai pemimpin Bersatu yang berpihak kepada bekas perdana menteri itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.
Tegasnya, ia berbeza dengan parti Melayu dan Pribumi lain yang dikatakan telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.
Artikel Berkaitan