Dua kampung di Perlis dikenakan PKPD Pentadbiran

Iklan
Kerajaan Perlis melaksanakan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selama 28 hari bermula malam ini di dua kampung di Kuala Sanglang. Gambar hiasan.

KANGAR - Kerajaan Perlis melaksanakan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selama 28 hari bermula malam semalam di dua kampung di Kuala Sanglang di sini.

Keputusan itu yang melibatkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul berkuat kuasa jam 10 malam ini hingga 4 September ini.

Iklan
Iklan

Kerajaan Perlis menerusi satu kenyataan berkata, pelaksanaan PKPD dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dengan mengambil kira bilangan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan.

"Penduduk di kawasan PKPD diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," demikian menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan PKPD akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedia ada dengan tambahan kepada pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan keluar masuk ke kawasan tersebut.

"Orang awam yang berada di luar kawasan PKPD tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang terlibat dengan memberikan perkhidmatan perlu," katanya.

Iklan

Penduduk di kedua-dua kampung juga diminta mematuhi arahan kuarantin di rumah yang telah dikeluarkan kepada penduduk setelah menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sanglang.

"Sepanjang tempoh arahan kuarantin di rumah, ketua isi rumah dibenarkan keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan harian sementara menunggu seluruh ahli isi rumah memperoleh arahan pelepasan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut kerajaan negeri prihatin kesulitan yang dialami dan akan menyalurkan bantuan kepada penduduk di kedua-dua kampung yang terlibat.- Bernama