Tekong bot ditahan seludup PATI warga Thailand ke Langkawi
Iklan
Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan seorang tekong bot warga tempatan yang dipercayai cuba menyeludup masuk dua lelaki Thailand di perairan Selat Peluru
LANGKAWI - Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan seorang tekong bot warga tempatan yang dipercayai cuba menyeludup masuk dua lelaki Thailand di perairan Selat Peluru dekat sini pagi tadi.
Komander PPM Wilayah 1 Langkawi Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan sepasukan anggota semasa menjalankan tugasan Op Benteng Covid-19 di lokasi tersebut kira-kira jam 6 pagi.
Iklan
Iklan
"Hasil siasatan awal mendapati tekong bot itu dibayar upah untuk membawa masuk dua pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut dari Satun, Thailand ke Langkawi. Berikutan itu, anggota pasukan operasi bertindak menahan tekong bot bersama dua lelaki warga Thailand berusia 25 dan 28 tahun terbabit.
"Selain menahan tiga lelaki tersebut, anggota pasukan operasi juga merampas bot dinaiki mereka, sebuah enjin 13 kuasa kuda serta peralatan menangkap ikan,” katanya satu kenyataan hari ini.
Iklan
Rosman berkata, tekong bersama dua lelaki warga Thailand terbabit telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut.
"Tekong bot ditahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana disyaki melakukan aktiviti penyeludupan manusia.
Iklan
"Kedua-dua lelaki warga Thailand itu pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah ke Malaysia,” katanya. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam