Imam hasil replika perahu

Iklan
Ibrahim tekun menyiapkan replika perahu yang dimulakan sejak tiga minggu lalu.

TUMPAT - Bukan hanya pandai membuat replika perahu, dia juga mampu menghasilkan perahu kolek untuk nelayan turun ke laut.

Kemahiran yang dimilikinya membuatkan Ibrahim Daud, 75, dikenali sebagai tukang perahu di Kampung Dalam Rhu di sini.

Iklan
Iklan

Bahkan, Ibrahim pernah menghasilkan 25 perahu kolek dan 10 bot kelas A sepanjang kerjayanya sebagai tukang perahu.

Namun, disebabkan kurangnya permintaan perahu kayu, Ibrahim meninggalkan hasil kerja seni halus itu sejak 10 tahun lalu.

Iklan

Bagaimanapun, atas permintaan kenalannya, dia mencuba sesuatu yang baharu apabila menghasilkan replika perahu kolek.

"Sekarang ini nak hasilkan perahu kayu perlukan kos besar, jadi nelayan pesisir pantai lebih suka menggunakan bot fiber.

Iklan

"Kebetulan saya tidak turun ke laut ketika musim banjir baru-baru ini. Bila ada kenalan mahu saya hasilkan replika perahu saya mencubanya.

"Lagi pun alat bertukang masih tersimpan elok di rumah, ia memudahkan kerja saya kerana kelengkapan cukup,” katanya.

Ibrahim yang juga imam madrasah Nurul Baru berkata, untuk menghasilkan replika perahu lebih sukar daripada perahu sebenar.

"Ia memerlukan kerja seni yang halus terutama ukirannya, sebab itu mengambil masa yang lama.

"Saya cadang nak jual replika perahu ini dengan harga RM1,500 hingga RM3,000,” katanya.