Mugabe tak boleh berjalan

Iklan
Keadaan kesihatan Mugabe dilaporkan semakin baik.

HARARE - ZIMBABWE. Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, 94, dilaporkan tidak dapat berjalan kerana masalah kesihatan dialaminya.

Keadaan terbaharu beliau itu dimaklumkan penggantinya, Emmerson Mnangagawa yang mengesahkan Mugabe turut mendapatkan rawatan penyakit yang tidak didedahkan sejak dua bulan lalu di Singapura.

Iklan
Iklan

Bekas pemimpin itu juga melakukan beberapa perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Singapura pada akhir era pemerintahannya.

"Beliau sudah tua. Sudah tentu sudah tidak dapat berjalan, namun kami akan menyediakan segala apa yang diperlukan beliau," kata Mnangagwa.

Iklan

Menurutnya, keadaan kesihatan Mugabe dilaporkan semakin baik dan akan kembali ke Harare pada minggu depan.

Ketika Mugabe memegang tampuk pemerintahan, beliau pernah dirawat kerana masalah mata, namun pemimpin itu menafikan ada menghidap barah. - BBC

Iklan