PRK Cameron Highlands sejuk atau panas?

Iklan
Petugas-petugas SPR menyelaraskan masa yang sama untuk digunakan di setiap tempat mengundi di di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah. -Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

CAMERON HIGHLANDS - Kehangatan PRK Cameron Highlands mula dirasai walaupun pilihan raya tersebut bakal berlangsung di kawasan pergunungan itu pada esok, 26 Januari.

Dikelilingi Gunung Irau, Berincang dan Berembun, PRK kali ini sudah pasti disajikan dengan pemandangan menarik sambil meneguk teh dan menikmati jagung bakar serta strawberry.

Iklan
Iklan

Sejak awal pagi tadi, petugas-petugas sedang memeriksa Peralatan Peti Undi di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah bagi memastikan perjalanan pilihan raya ini lancar.

Pada hari ini, bakal menyaksikan kempen pecutan terakhir bagi semua parti bertanding dan lebih menarik, pasti ramai yang menantikan kehadiran dan kelibat pemimpin tertinggi negara untuk menyampaikan amanat terakhir mereka.

Iklan

Apa yang pasti, banyak cerita di kawasan pendalaman itu terbongkar, kisah tok-tok batin, kisah kempen yang beraneka cara malah dari kisah Tongkat Ali sampai ke Kacip Fatimah semuanya ada di PRK kali ni.

PRK Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, M Manogaran; Ramli Mohd Nor dari BN serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib serta petani tempatan, Wong Seng Yee.

Iklan

Pilihan raya itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam PRU14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

PRK ini adalah yang kelima setelah PRU14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah melibatkan Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

Bagi penduduk di Cameron Highlands jalankan amanah anda dan jangan lupa keluar mengundi seawal yang boleh bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Selamat mengundi!