Pirlo ganti Sarri di Juventus

Iklan
Andrea Pirlo

Juara Serie A, Juventus secara rasmi menamakan bekas pemain tengah The Old Lady, Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu dengan kontrak dua tahun walaupun bekas tonggak Itali itu dilaporkan tidak mempunyai pengalaman untuk mengisi jawatan berkenaan.

Keputusan itu diambil beberapa jam selepas kelab Turin berkenaan memecat pengendali Maurizio Sarri setelah gergasi Itali tersebut disingkirkan Olympique Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Bekas pengurus Chelsea berusia 61 tahun berkenaan sebelum itu berjaya memimpin Juve ke gelaran Serie A yang kesembilan berturut-turut, namun masih gagal memenuhi harapan besar pengurusan kelab yang mensasarkan kejuaraan Liga Juara-Juara.

"Pilihan hari ini adalah berdasarkan pada kepercayaan bahawa Pirlo memiliki apa yang diperlukan Juventus untuk memimpin dari debutnya di bangku simpanan sebagai pakar dan berbakat untuk mengejar kejayaan baharu bersama kelab ini.

Iklan

"Keputusan untuk memilih Pirlo juga sangat wajar, dalam gaya Juventus, kerana dia adalah seseorang yang bermain untuk kami, selalu berhubungan dengan semua orang di sini dan ini sesuatu yang wajar.

"Kami juga percaya Pirlo sudah ditakdirkan untuk menjadi hebat sebagai pemain Juventus dan kami yakin dia dapat melakukan perkara sama sebagai jurulatih," kata ketua pegawai kelab, Fabio Paratici.

Iklan

Juventus yang menguasai arena domestik bola sepak Itali bertekad untuk kenbali sebagai gergasi Eropah di pentas Liga Juara-Juara selepas kecundang dalam dua edisi final terakhir pada 2015 dan 2017.