Bukti PKR lebih konsisten

Iklan
Wan Fauzuldin Wan Samad

KUANTAN - Tindakan beberapa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan parti itu lebih konsisten dan berprinsip dalam usaha memperjuangkan reformasi di dalam pentadbiran negara.

Ketua Komunikasi PKR Pahang, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, penyertaan bekas pemimpin itu dalam PKR juga menunjukkan mereka sudah tidak yakin dengan perjuangan Bersatu yang sanggup membelakangi mandat rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, namun timbul persoalan mengapa mereka tidak menyertai parti baharu di bawah bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad?

"Saya berpendapat kerana perjuangan Tun M tidak jelas untuk mengembalikan semula mandat rakyat.

Iklan

"Sikap Tun M yang tidak boleh bertolak ansur dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya daripada PKR menimbulkan keraguan tentang keikhlasan Tun M untuk mengembalikan mandat rakyat.

"Jadi tindak tanduk Tun M dilihat seolah-olah mementingkan diri dan kemahuannya semata-mata. Sebaliknya Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilihat lebih mampu bersabar dan konsisten dengan prinsipnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Semalam, bekas calon Bersatu Parlimen Kuala Krau, Mohamad Rafidee Hashim bersama ahli jawatankuasa dan hampir 200 ahlinya menyertai PKR.

Borang penyertaan PKR itu diserahkan kepada Ketua Cabang Kuala Krau, Hafez Harun pada petang semalam.