Bela nasib OKU di Baling

Iklan
BALING - Sekretariat Prihatin OKU Malaysia dengan kerjasama Pas Kawasan Baling berhasrat menubuhkan unit OKU daerah ini.

Wakil golongan OKU Baling, Muhammad Firdaus Zulkifli berkata, unit yang akan ditubuhkan itu bagi memastikan golongan OKU mendapat pembelaan sewajarnya selain menyemai syiar Islam buat mereka.

Menurutnya, proses perbincangan telah selesai diadakan baru-baru ini di Pejabat Pas Kawasan Baling dan kini memasuki fasa seterusnya.

Iklan
Iklan

"Dalam sirah nabi juga dicatatkan kelompok OKU tidak terlepas dalam bersama memperjuangkan Islam. Insya-ALLAH dengan adanya unit ini, permasalahan OKU akan lebih terjaga.

"Alhamdulillah, hasil mesyuarat bersama, ia menghasilkan keputusan positif bagi menubuhkan unit ini," katanya.

Iklan

Katanya, unit sama dijangka akan ditubuhkan di seluruh Kedah bagaimanapun ia memerlukan kata putus daripada Pas peringkat negeri.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Adun Bayu, Abd Nasir Idris dan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling, Hassan Saad.

Iklan