Bekas Ketua Bersatu Kuala Krau keluar parti, sertai PKR

Iklan
Mohamad Rafidee (tiga dari kanan) menerima borang yang diserahkan oleh Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Mohamad Hafez Harun (dua dari kanan).

TEMERLOH - [DIKEMASKINI] Bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kuala Krau, Mohamad Rafidee Hashim keluar parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

Mohamad Rafidee, 47, yang juga bekas calon bagi Parlimen Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menegaskan, tindakan tersebut atas kerelaan diri sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan keputusan tersebut, beliau juga mengisytiharkan menyertai PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Selain saya, 200 lagi ahli termasuk dari kepimpinan Bersatu sebelum ini ambil tindakan sama menyertai PKR.

Iklan

"Saya tekad untuk terus bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bagi merealisasikan negara ke arah lebih baik serta seimbang dari pelbagai sudut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, tindakan beliau menyertai PKR adalah kerana yakin parti itu lebih konsisten dan berprinsip dalam usaha memperjuangkan reformasi.

Iklan

"Tindakan jijik yang membelakangkan mandat rakyat demi nafsu dan kuasa oleh Bersatu menjadikan saya tidak lagi yakin dengan perjuangan Bersatu. Bersatu yang bersekongkol dengan UMNO/BN yang dulu dikenali sebagai 'kleptokrasi' amat mengecewakan saya," katanya.