SPRM kesan saksi bantu kes

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu perbicaraan kes SPRM.

Lelaki tersebut, Yew Joo Sim, 48, mempunyai alamat terakhir di No.22, Taman Lipis Baru, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa Muhammad Saleh Hashim di talian 013-611 5821.