UniSZA sedia khidmat pandu lalu pelajar baharu mendaftar

Iklan
Pelajar baharu UniSZA mendaftar secara pandu lalu.

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan khidmat pandu lalu kepada pelajar baharu diploma yang mula mendaftar untuk sesi 2020/2021 bermula hari ini.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, seramai 1,723 pelajar baharu diploma akan mendaftar kali mengikut tarikh yang ditetapkan secara berperingkat selama tiga hari.

Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi sesi pendaftaran semalam, pelajar bersama keluarga menunggu giliran di dalam kenderaan seawal jam 8 pagi untuk menjalani proses pendaftaran dan pemeriksaan kesihatan.

"Sebaik pintu utama dibuka pada jam 7.30 pagi tadi, pelajar dan keluarga akan menjalani pemeriksaan suhu badan ke Dewan Perdana untuk kaunter semakan surat tawaran dan penyerahan kunci bilik.

Iklan

"Proses pendaftaran dilakukan oleh kakitangan UniSZA dan turut dibantu oleh pelajar Kor Suksis yang lengkap memakai pelitup muka dan sarung tangan untuk mencegah koronavirus (Covid-19)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, selepas melakukan pendaftaran, pelajar akan terus ke kolej kediaman masing-masing dan keluarga tidak dibenarkan membawa pelajar ke bilik dan perlu menurunkan mereka di blok kediaman.

Iklan

"Di kolej kediaman, pelajar akan dibantu oleh mahasiswa yang bertugas untuk membawa barang mereka ke bilik.

"Kita tidak benarkan ibu bapa atau keluarga masuk ke bilik seperti sebelum ini kerana ini norma baharu bagi mengekang Covid-19," katanya.

Tambahnya, pelajar baharu turut mengikuti Minggu Mesra Siswa (MMS) secara ringkas dan sederhana sehingga Selasa ini.