Tragedi Beirut: Jawatankuasa inkuiri PBB perlu libat China, Rusia

Iklan
Kemusnahan termasuk runtuhan bangunan akibat letupan di Beirut. Gambar kecil: Chandra Muzaffar - Foto EPA Gambar kecil: Chandra Muzaffar

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Gutteres digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti dalang terlibat dalam tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan pada 4 Ogos lalu.

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar berkata, penubuhan jawatankuasa inkuiri itu pula perlu mendapat penyertaan wakil dari setiap negara seperti Amerika Syarikat (AS), Perancis, China, dan Rusia dengan Antonio selaku Setiausaha Agung PBB dilantik sebagai pengerusi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penubuhan itu penting bagi memastikan siasatan kes berkenaan bersifat telus memandangkan Presiden Lubnan, Michel Aouns dan kumpulan Hezbollah menentang cadangan ia disiasat oleh badan-badan penyiasatan antarabangsa.

"Mereka bimbang jawatankuasa inkuiri yang ditubuh tanpa penglibatan Setiausaha Agung PBB dan negara-negara dicadangkan akan membolehkan AS dan kuasa Barat memanipulasi keputusan dibuat demi menjaga kepentingan Israel.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Beirut lengkapkan episod malang rakyat Lubnan

Tragedi Beirut: Macron gesa 'perubahan besar' di Lubnan

Iklan

"Jawatankuasa itu haruslah meneliti kes tragedi itu menurut dua punca dinyatakan Aoun sama ada disebabkan letupan tidak disengajakan 2.75 tan ammonium nitrat berbentuk baja pertanian yang disimpan dalam sebuah gudang di pelabuhan Beirut atau serangan terancang oleh segelintir entiti luar secara menyeluruh.

"Laporan daripada jawatankuasa itu haruslah diserahkan terus dalam Perhimpunan Agung PBB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chandra berkata, dalam menyiasat kemungkinan punca kedua penyebab tragedi iaitu serangan entiti luar, jawatankuasa inkuiri perlu mempunyai prinsip dan keberanian untuk mendedahkan mengapa Lubnan berada dalam keadaan sangat tertekan dalam tempoh beberapa bulan lalu, sama ada dari aspek ekonomi dan juga politik.

Menurutnya, terdapat kemungkinan kedua-dua aspek berkenaan diberikan tumpuan bagi melumpuhkan kerajaan sedia ada di Beirut, sekali gus membolehkan sebuah regim kerajaan baharu yang memberi manfaat kepada Israel dan negara Barat ditubuhkan.

"Tanpa memahami situasi geopolitik negara Lubnan, adalah mustahil untuk kita mengetahui mengapa tragedi letupan dahsyat di Beirut berlaku.

"Jika sekiranya letupan berlaku disebabkan kemalangan, impaknya adalah sangat besar. Lebih daripada 160 orang mati sehingga kini dengan 6,000 rakyat Lubnan yang mengalami kecederaan," katanya.

Bagaimanapun, Chandra menegaskan kemungkinan punca kedua letupan dinyatakan Aoun iaitu serangan terancang adalah lebih logik.

Menurutnya, teori itu adalah berdasarkan pelbagai kemungkinan yang dikemukakan oleh beberapa penganalisis terkemuka.

"Sebagai contoh, seorang penulis dari Perancis, Thierry Meyssan mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan satu serangan ke atas gudang senjata baharu kumpulan Hezbollah yang kononnya diuji selama tujuh bulan di Syria.

"Senjata berkenaan yang didakwa merupakan peluru berpandu yang dilengkapi komponen nuklear dikatakan akan mengeluarkan asap seakan-akan berbentuk cendawan, namun bukanlah sebuah bom atom.

"Bagaimanapun, ketua kumpulan Hezbollah, Hassan Nasrallah menafikan mereka memiliki senjata itu, bahkan Netanyahu yang mendedahkan perkara itu di Perhimpunan Agung PBB pada 27 September 2018, sehingga kini masih belum membuktikannya," katanya.