Kim Jong-un arah hantar bantuan ke Kaesong

Iklan
Kim Jong-un - Foto AFP

PYONGYANG - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah mengarahkan penghantaran bantuan ke Kaesong selepas bandar sempadan itu berdepan langkah lockdown pada bulan lalu untuk memerangi Covid-19, menurut media tempatan hari ini.

Pihak berkuasa telah menaikkan amaran kecemasan kepada tahap maksimum selepas penemuan kes disyaki jangkitan pertama.

Iklan
Iklan

Agensi berita KCNA melaporkan sebuah kereta api membawa pelbagai bekalan barangan telah tiba di Kaesong.

"Pemimpin tertinggi telah memastikan tindakan kecemasan meliputi penghantaran beras dan subsidi dihantar ke bandar tersebut,” jelas laporan tersebut yang menambah bantuan itu disalurkan berikutan Jong-un bimbang dengan keadaan penduduk di Kaesong.

Iklan

Bulan lalu, Pyongyang mendakwa seorang pembelot yang melarikan diri ke Seoul tiga tahun lalu, kembali dengan merentasi sempadan secara haram.

Lelaki terbabit dikatakan menunjukkan simptom jangkitan Covid-19 dan diletakkan di bawah langkah kuarantin, namun Korea Utara belum mengesahkan keputusannya. - AFP

Iklan