Empat beranak nyaris rentung

Iklan
Keadaan sebuah rumah dua tingkat di Bandar Setia Alam yang terbakar awal pagi tadi. Empat sekeluarga yang diselamatkan anggota bomba dalam kejadian kebakaran Bandar Setia Alam, awal pagi tadi.

SHAH ALAM - Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan empat beranak daripada rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Bandar Setia Alam awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 2.18 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Anggerik digerakkan dan tiba di lokasi kejadian 19 minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan tingkat bawah sebuah rumah dua tingkat. Sepasang suami isteri dan dua anak didapati terperangkap dalam rumah terbabit," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan lima tahun ditemui di dalam bilik air di tingkat atas.

"Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan," katanya.

Iklan

Kerja-kerja pemadaman kebakaran turut dibantu anggota bomba dari BBP Kapar dan BBP Sungai Pinang.