'Pendedahan video premis judi perlu siasatan adil'

Iklan
Gambar dari kiri: Mohd Asri, Hanafi Zulkapli

SHAH ALAM - Pendedahan video premis perjudian di kawasan Sungai Buloh yang tersebar baru-baru ini perlu disiasat secara adil dan tidak menganggap perkara itu sebagai isu rakyat menentang anggota keselamatan.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, pendedahan berkenaan melibatkan pelanggaran integriti yang menjadi asas kepada perjalanan institusi penguatkuasaan dalam negeri dan negara.

Iklan
Iklan

"Polis telah membuka kertas siasatan susulan pendedahan ini dan saya berharap siasatan dijalankan di semua peringkat tanpa ada sebarang campur tangan golongan yang berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjadi rukun negara perlu dihormati.

Iklan

Menurutnya, perjudian merosakkan institusi masyarakat dan beliau yakin perkara itu mendapat perhatian sepenuhnya daripada polis dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Rakyat memberikan kepercayaan dan mandat kepada seluruh anggota untuk menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video premis judi: Polis akan ambil tindakan, kata KPN

Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut

Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.

Pada sidang media sama pihaknya memaklumkan polis akan akan memanggil individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej polis dalam menangani aktiviti perjudian di Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN 'Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya'