Bilik air jadi sarang ular tedung

Iklan
Suzaini (kiri) bersama anggotanya berjaya menangkap ular tedung yang berada di celah simen bertaburan selepas kerja-kerja memecah lantai bilik air berkenaan.

TANJONG KARANG - Seorang lelaki terkejut apabila kulit ular yang ditemui di bawah lantai bilik air rumahnya rupa-rupanya sarang ular tedung.

Lelaki berkenaan yang memecahkan lantai bilik air tersebut menemui kira-kira 20 biji telur reptilia itu dalam kejadian di Blok G Sawah Sempadan di sini, semalam.

Iklan
Iklan

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang semalam sebelum tiga anggota pergi ke lokasi.

"Pengadu yang berusia 38 tahun itu menghubungi kami selepas memecahkan lantai bilik air dan menemui telur ular tedung," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Suzaini berkata, anggota APM membersih dan mengeluarkan telur ular untuk diletakkan di kawasan selamat.

"Kami kemudian membuat keputusan memecahkan lantai simen sebelum menemui ular tedung sepanjang satu meter dengan berat satu kilogram di celah simen yang bertaburan," katanya.

Iklan

Katanya, operasi menangkap ular itu mengambil masa kira-kira 45 minit menggunakan peralatan khas.

"Ular dan telur yang ditemui itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor untuk tindakan lanjut," katanya.