Tak hirau Covid-19: 250,000 sertai himpunan motosikal terbesar

Iklan
Sebahagian besar orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Motosikal Sturgis 2020 kali ke-80 di Sturgis, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu. - Foto AFP

STURGIS - Kira-kira 250,000 orang dari seluruh Amerika Syarikat menghadiri Perhimpunan Motosikal Sturgis 2020 kali ke-80 yang bermula pada Sabtu lalu di pekan kecil negara Uncle Sam itu, lapor portal berita, Argus Leader semalam.

Ia mungkin menjadi perhimpunan motosikal terbesar sejak pandemik koronavirus (Covid-19) bermula.

Iklan
Iklan

Acara itu akan berlangsung selama 10 hari di daerah Meade iaitu tempat terletaknya pekan Sturgis.

Pegawai kesihatan menyatakan Sturgis setakat ini hanya mencatatkan satu kematian Covid-19.

Iklan

Bagaimanapun, sebahagian daripada penunggang motosikal yang berkunjung untuk menghadiri perhimpunan tersebut dipercayai datang dari negeri-negeri AS yang jauh.

Orang ramai tidak diwajibkan memakai pelitup muka dengan sebilangan kecil yang didapati menggunakannya pada acara tersebut.

Iklan

Menurut agensi berita AFP, pekan itu dipenuhi dengan motosikal dan bar-bar dikunjungi oleh penunggang motosikal.

Bilangan orang ramai yang mengunjungi acara itu dijangka lebih besar daripada jumlah penduduk di Sturgis, Dakota Selatan iaitu 6,000 orang.

Pada masa lalu, ratusan ribu penunggang motosikal menghadiri majlis tersebut.

Gabenor negeri Dakota Selatan, Kristi Noem yang merupakan anggota parti Republikan dan penyokong kuat Presiden AS, Donald Trump menyambut baik kedatangan para penunggang motosikal itu.

"Kami berasa teruja kerana para pelawat (pengunjung acara itu dari negeri lain) akan melihat apa yang negeri kami akan tawarkan (kepada mereka)," kata kenyataannya menerusi laman Twitter. - Agensi