Cuaca panas diramal hingga pertengahan bulan depan

Iklan
Cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan depan.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas itu berlaku sejak hujung bulan lalu disebabkan kurangnya kadar taburan hujan dan litupan awan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kekurangan hujan dan litupan awan itu dipengaruhi tiupan monsun barat daya.

"Keadaan ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius, bagaimanapun suhu berkenaan tidaklah begitu tinggi.

Iklan

"Cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Nor Hisham

Dr Mohd Hisham berkata, kekurangan taburan hujan itu juga mungkin dipengaruhi faktor kadar hujan lebih daripada biasa yang direkodkan pada Jun dan Julai lalu.

Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, suhu panas itu hanya berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi tidak berlaku di Sabah dan Sarawak.

Susulan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan kendiri selain menghabiskan lebih banyak waktu di rumah.

"Biasanya bila suhu panas begini, masalah kualiti udara yang kurang boleh berlaku kerana tidak ada hujan.

"Jadi elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kurangkan masa berada di luar rumah," katanya.