ISTERI kepada pelakon Ammar Alfian kecewa susulan lelaki itu telah menolak permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Januari lalu.
Nelissa Nezam, 33, berkata, pelakon filem Paskal berkenaan menolak permohonan tuntutan cerai difailkan itu, Julai lalu.
Iklan
Iklan
"Saya kecewa mengapa dia (Ammar) seperti hendak menjadikan kes ini rumit apabila dia menolak permohonan cerai yang difailkan.
"Saya tak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan dan kami sudah tidak bersama sejak setahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pelantikan hakam bagi kedua-dua belah pihak di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Bagaimanapun Nelissa ketika ditemui enggan fotonya dirakam oleh pihak media.
Tambah Nelissa, proses penceraian mereka akan diteruskan selepas Ammar melantik hakam.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.