Polis tahan wanita tukar barang kemas pajak gadai

Iklan
Arifai menunjukkan emas asli (kanan) dan tiruan yang dirampas bagi siasatan.

GOMBAK - Polis menahan seorang pekerja di premis pajak gadai di Sri Gombak di sini bagi membantu siasatan kes menukar barang kemas milik pelanggan dengan barang tiruan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 31 tahun dan telah berkahwin itu ditahan di rumahnya sehari selepas laporan polis dibuat oleh pengurus kedai berkenaan selepas mengesyaki perbuatan suspek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek bekerja di pajak gadai berkenaan sejak tiga bulan lalu dan diamanahkan untuk menguruskan pajakan emas daripada pelanggan.

"Suspek dikesan telah menukar tiga barang kemas tersebut sebelum memajakkan semula barangan tersebut di beberapa lokasi termasuk di Terengganu hasil bantuan saudaranya.

Iklan

"Barang tersebut adalah seutas rantai dan dua rantai tangan yang nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM5,000 yang berjaya dirampas semula," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Emas asli (atas) dan tiruan (bawah) yang ditukar suspek bagi mengaburi kegiatannya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Iklan

"Suspek direman selama empat hari sehingga hari ini untuk siasatan bagi membolehkan kes dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan," katanya.